/ KEDA / By admin

Durian Tour bakal jadi produk pelancongan Kedah

oleh WAN MOHD NOOR HAFIZ WAN MANSOR14 Julai 2020 06:00pm

https://www.sinarharian.com.my/article/92218/edisi/utara/durian-tour-bakal-jadi-produk-pelancongan-kedah

ALOR SETAR – Program Durian Tour 2020 yang dikelolakan di bawah KEDA Group of Companies (KGOC) bakal menjadi produk pelancongan terbaharu Kedah bagi menarik pelancong luar ke negeri ini.

Exco Pelancongan, Seni dan Budaya, Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan dan Koperasi Kedah, Mohd Firdaus Ahmad berkata, program yang bermula 9 hingga 20 Julai ini bertujuan memperkenalkan dan mempromosikan durian yang dibawa khas dari kawasan Bendang Man, Sik.

Beliau berkata, jelajah berkenaan memberi fokus untuk mempromosikan buah durian dan kawasan Bendang Man.

“Kawasan yang terletak di daerah Sik ini mempunyai banyak chalet yang berkonsepkan dalam dusun durian.

“Ini merupakan suatu kelainan yang perlu ditonjolkan kepada orang luar,” katanya semasa ditemui di Majlis Perasmian Program Durian Tour 2020 di Ibu Pejabat Lembaga Kemajuan Wilayah Kedah (KEDA) di sini baru-baru ini.

Program Durian Tour ini diadakan di lima lokasi yang berbeza iaitu perkarangan Stadium Darul Aman, KEDA Agro High Tech Sungai Seluang, Dataran KEDA Jalan Langgar, Serdang Lake View Resort dan KEDA Mall Kulim.

Hadir sama pada program tersebut adalah Timbalan Pengurus Besar (Pengurusan) KEDA, Ahmad Hilmi Talib dan Pengurus Besar KEDA Holdings Sdn Bhd, Muhammad Nasir Hussain.

SEBARANG PERTANYAAN

Hubungi KEDA Holdings Sdn Bhd Sekarang

Kompleks Ibu Pejabat Lembaga Kemajuan Wilayah Kedah (KEDA) KM7 , Jalan Langgar, 05460 Alor Setar, Kedah Darul Aman

Contacts

  • kedaholdings@kgoc.info
  • 04-7307304 (Office)
  • Ibu Pejabat(Klik Disini)
  • Lembaga Kemajuan Wilayah Kedah (KEDA)(Klik Disini)

Waktu Operasi

Ahad - Rabu | 8:00am - 5:00pm
Khamis | 8:00am - 3:30pm
Hari Cuti | Jumaat, Sabtu & Cuti Am  

Waktu Operasi

  • KEDA AGROBIZ SDN. BHD
  • KEDA RESORT AND HOLIDAYS SDN. BHD
  • KEDA PROPERTIES AND MANAGEMENT SDN. BHD
The information contained on this website is for general information purposes only. The information is provided by Keda Holdings Sdn Bhd and while we endeavour to keep the information up to date and correct as much as possible. When you visit or interact with our sites, services, applications, tools or messaging, we or our authorised service providers may use cookies, web beacons, and other similar technologies for storing information to help provide you with a better, faster and safer experience and for advertising purposes.
2025 KEDA HOLDINGS SDN BHD (903673 - X). All Rights Reserved | Design & Development By Senicode Solution Sdn bhd