+

Tempoh Perkhidmatan

Bermula Dari Sini

Perjalanan Syarikat

KEDA Holdings Sdn Bhd (KHSB) telah ditubuhkan pada 08 Jun 2010 dengan pegangan saham 100% oleh Lembaga Kemajuan Wilayah Kedah (KEDA).

Tujuan penubuhan dan penglibatan KHSB dan subsidiari meliputi dalam pelbagai sektor antaranya Pelaburan, Pembangunan Hartanah, Perkilangan, Pengurusan Resort dan merupakan perintis dan pemangkin utama ke arah pembangunan ekonomi dalam Lembaga Kemajuan Wilayah Kedah (KEDA).

Sehingga kini, KHSB mempunyai pegangan saham di dalam tiga (3) buah syarikat terdiri daripada Anak syarikat milik penuh KEDA Holdings Sdn Bhd iaitu KEDA Agrobiz Sdn Bhd, KEDA Properties and Management Sdn Bhd & KEDA Resort and Holidays Sdn Bhd

Melalui penubuhan KHSB, ini membantu pertumbuhan ekonomi dan pembangunan dalam wilayah Lembaga Kemajuan Wilayah Kedah (KEDA). Sehubungan itu, ia membuka peluang pekerjaan kepada penduduk setempat.

Arah Tujuan Kami

Visi & Misi Syarikat

Visi KEDA Holdings
Menjadi sebuah syarikat yang berupaya untuk bersaing dan berdaya maju.
Misi KEDA Holdings
Melaksanakan pelaburan strategik ke dalam syarikat subsidiari bagi membolehkan penambahan kepada pendapatan syarikat.

Membuka peluang kepada subsidiary untuk menceburi bidang perniagaan yang berpotensi untuk di majukan di samping menjana peningkatan pendapatan.

Membantu subsiadiari bagi meluaskan perniagaan dari segi fasiliti kewangan dan pelaburan
Matlamat & Objektif

Apa Yang Kami Sasarkan

Matlamat KEDA Holdings
Untuk menjadikan KEDA Properties and Management Sdn Bhd (KPMSB)sebuah syarikat di bawah seliaan Lembaga Kemajuan Wilayah Kedah (KEDA)yang mampu berdaya saing di dalam bidang pengurusan pembinaan dan hartanah.

Memastikan syarikat menguasai kepakaran dalam konsultasi pemilikan aset mampu milik dengan menyediakan perkhidmatan terbaik, beretika dan profesional seterusnya menyumbang kepada pembangunan ekonomi Wilayah Kedah dan negeri Kedah.

Memastikan syarikat menguasai kepakaran dalam konsultasi pemilikan aset mampu milik dengan menyediakan perkhidmatan terbaik, beretika dan profesional seterusnya menyumbang kepada pembangunan ekonomi Wilayah Kedah dan negeri Kedah.

Lembaga Pengurus

Pasukan Kepimpinan Syarikat

YBHG. Dato' Hasmuni Bin Hassan

Ahli Lembaga Pengarah KEDA Holdings sdn Bhd

Alhamdulillah, KEDA Holdings Sdn. Bhd. (KHSB) terus memainkan peranan penting dalam menyokong pembangunan ekonomi wilayah melalui penglibatan dalam pelbagai sektor strategik seperti pelaburan, pembangunan hartanah, perkilangan dan pengurusan resort. Komitmen ini selaras dengan aspirasi untuk mewujudkan peluang pertumbuhan yang mampan serta memberi manfaat kepada masyarakat setempat."

Saya yakin dengan kerjasama, dedikasi dan semangat warga kerja serta rakan strategik, KHSB akan terus melakar kejayaan dan menjadi pemangkin kepada pembangunan ekonomi yang progresif. Semoga segala usaha yang dilaksanakan membawa manfaat berterusan kepada organisasi, komuniti dan negara."

Muhammad Syakir Zufairi Bin Radziyuddin

Pengurus Kumpulan Besar KEDA Holdings Sdn Bhd

YBhg. Dato' Hasmuni Hassan

Pengurusi KEDA Agrobiz
Sdn Bhd

YBhg. Dato' Shaiful Hazizy Zainol Abidin

Pengurusi KEDA Properties & Management Sdn Bhd

YBhg. Dato' Muhammad Khizri Abu Kassim

Pengurusi KEDA Resort & Holidays Sdn Bhd
Kompleks Ibu Pejabat Lembaga Kemajuan Wilayah Kedah (KEDA) KM7 , Jalan Langgar, 05460 Alor Setar, Kedah Darul Aman

Contacts

  • kedaholdings@kgoc.info
  • 04-7307304 (Office)
  • Ibu Pejabat(Klik Disini)
  • Lembaga Kemajuan Wilayah Kedah (KEDA)(Klik Disini)

Waktu Operasi

Ahad - Rabu | 8:00am - 5:00pm
Khamis | 8:00am - 3:30pm
Hari Cuti | Jumaat, Sabtu & Cuti Am  

Waktu Operasi

  • KEDA AGROBIZ SDN. BHD
  • KEDA RESORT AND HOLIDAYS SDN. BHD
  • KEDA PROPERTIES AND MANAGEMENT SDN. BHD
The information contained on this website is for general information purposes only. The information is provided by Keda Holdings Sdn Bhd and while we endeavour to keep the information up to date and correct as much as possible. When you visit or interact with our sites, services, applications, tools or messaging, we or our authorised service providers may use cookies, web beacons, and other similar technologies for storing information to help provide you with a better, faster and safer experience and for advertising purposes.
2025 KEDA HOLDINGS SDN BHD (903673 - X). All Rights Reserved | Design & Development By Senicode Solution Sdn bhd